RAHSIA ALAM NYATA DAN ALAM KUBUR

Satu persoalan yang difikirkan oleh setiap manusia termasuk ahli fikir dan saintis.Orang meringkaskan keadaan hidup dan mati umpama memadam lampu melalui satu suis yang sekali dinyala dan padam sekali dan tidak akan menyala lagi walau dipetik jutaan kali suis itu.Yang ajaibnya adalah soal hisup hiduplah urusannya,mati matilah juga,orang yang hidup ini tidak dapat menyatakan bagaimana situasi dan keadaan sesudah mati dan yang sudah mati tidak ada kaitan atau kuasa mengganggu atau menyatakan bagaimana alam mati ditempuhi.Orang mati tiada lagi hubungan dengan orang yang masih hidup,orang yang sudah mati tidak dapat dan tidak boleh menyakiti,mempengaruhi dan mencampuri urusan orang hidup.

Sakitkah kematian itu.menakutkan?Kalau ada orang hidup daripada mati sejuta tahun yang lalu dan kembali menceritakan keadaan dalam kematian tentunya sama ada orang berebut-rebut atau hendak mati cepat kalau nikmat ada dalam kematian,manusia yang hidup akan menangis seumur hidup tanpa henti jika kematian itu menyusahkan,menyakitkan dan amat teruk seteruk teruknya.

Apapun saya,kamu,anda,kau,asal saja mempunyai nyawa pastinya akan mati,masuk kubur,dalam tanah....akan menjadi tanah selamanya jutaan tahun tanpa penghujung.

Maka ubat kepada persoalan misteri alam mati adalah memenuhi tuntutan disiplin yang dikaitkan baik kepada syurga dan jahat kepada neraka.Syurga itu kenikmatan dan neraka itu penyeksaan.

Sebahagian manusia ini ingin baik dan berbuat baik kerana inginkan syurga,orang jahat membuat dosa dan kesalahan kerana tidak tahu tidak menjangka dan tidak mungkin akan terseksa,menerima bahana apabila mati kelak.Oleh kerana kita tidak nampak bagaimana bentuk baik dan jahat pembalasannya maka terabailah,tidak takutlah manusia berbuat sesuatu kejahatan.Oleh kerana inginkan balasan baik maka manusia membuat kebaikan kerana menjangkakan ada pembalasan daripada perbuatan baik itu.

Teori Charles Darwin
Manusia berasal daripada monyet

Mengikut Agama:-Kejadian manusia berasal dari (saripati) tanah, berproses menjadi sperma yang ditempatkan di dalam rahim kemudian menjadi segumpal darah, lalu menjadi segumpal daging, kemudian dijadikan tulang belulang yang dibungkus dengan daging. Allah meniupkan ruh ciptaan-Nya ke dalam diri manusia, dilahirkan, kemudian tumbuh menjadi remaja, dewasa, tua, kemudian diwafatkan.
Manusia berfungsi sebagai hamba Allah dan khalifah (penguasa atau pengatur), serta pengelola bumi untuk kesejahteraan manusia. Pengabdian manusia adalah menyembah Allah dan berbuat baik terhadap sesama di setiap saat, baik pada saat berdiri, duduk, maupun berbaring.

CATATAN SEORANG AYAH

Demi kehidupan yang aku akan tinggalkan,aku inginkan anak-anakku tidak akan menjadi penyusah kepada sesiapa,saya terpaksa berkeras dalam semua hal yang saya rasa menentukan disiplin anak-anak terbentuk.Anak-anak saya akan menentukan nama saya akan disebut sebagaimana perbuatan anak dikhalayak masyarakat.